bilik-seminar-head

Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway miliki ciri-ciri yang anda cari selama ini. Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway menyediakan kemudahan idaman anda untuk menjalankan acara dalam bangunan sama ada untuk acara bengkel, kursus, seminar, mesyuarat, kelas, latihan dan sebagainya. Perkhidmatan sewaan ruang ini terbuka kepada orang ramai dengan kadar sewaan berpatutan, ruang yang luas dan selesa serta lengkap dengan kemudahan yang ingin anda jalankan. Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway mempelawa kepada sesiapa yang berminat, sama ada anda merupakan orang persendirian, syarikat swasta, NGO atau jabatan kerajaan menggunakan perkhidmatan sewaan ruang yang kami sediakan. Anda pasti akan berpuas hati dengan kemudahan yang kami sediakan.

Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway adalah milik penuh Koperasi UNIKEB Berhad (UNIKEB), iaitu sebuah koperasi kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang beribu pejabat Wisma UNIKEB, UKM, Bandar Baru Bangi. UNIKEB telah ditubuhkan sejak tahun 1973 dan menjalankan pelbagai bidang perniagaan termasuklah Pembiayaan Peribadi, Hartanah, Ar-Rahnu dan Kedai Emas, Steyen Minyak, Insuran Am, Pelancongan, Kedai Serbaneka dan Kedai Buku. Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway merupakan salah satu cabang perniagaan di bawah pengurusan Unit Hartanah.

Selain daripada menawarkan perkhidmatan sewaan ruang, Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway juga mempelawa individu dan syarikat yang berkemahiran di dalam bidang latihan untuk menganjurkan aktiviti bersama dengan kami. Matlamat utama Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway diwujudkan adalah untuk menyedia ruang dan peluang yang selesa dan lengkap kepada individu, syarikat, agensi dan NGO dengan selesa menyampaikan ilmu dan berita kepada kumpulan sasar masing-masing ataupun kepada masyarakat umum dalam bentuk ceramah, kelas, latihan, perbincangan, mesyuarat dan sebagainya. Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway juga menjadi platform kepada UNIKEB meganjurkan majlis ilmu kepada anggotanya.

Bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, kami sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka yang menggunakan Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway. Untuk mengetahui kemudahan yang kami sediakan, anda sangat dipelawa untuk membuat kunjungan (site visit) ke Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway untuk melihat dan merasai sendiri kemudahan yang kami sediakan.

Sambil anda menghubungi wakil kami, jom kita tonton video promo Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway untuk mendapatkan gambaran umum tentang perkhidmatan yang kami tawarkan dan apakah kelebihan yang kami bakl berikan kepada anda. Selamat menonton.

 

Di manakah Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway? Jangan risau, anda boleh dapatkan peta Bilik Seminar UNIKEB @Bangi Gateway di sini https://goo.gl/maps/9WZFy2SYs892

bilik-seminar-spec

Bilik Seminar Untuk Disewa di Bangi Gateway mempunyai 2 bilik, iaitu;

bilik seminar untuk di sewa di Bangi Gateway-1-2

:: BILIK 1 ::

. saiz (20′ X 35′)
. boleh memuatkan 50 orang peserta (susunan kerusi & meja)
. boleh memuatkan 80 orang peserta (susunan kerusi sahaja)
. LCD Projector
. PA System
. Flip Chart

——–00——–

:: BILIK 2 ::

. saiz (20′ X 35′)
. boleh memuatkan 40 orang peserta (susunan kerusi & meja)
. boleh memuatkan 60 orang peserta (susunan kerusi sahaja)
. LCD Projector
. PA System
. Flip Chart

——–00——–

:: GABUNGAN BILIK 1 & BILIK 2 ::

. saiz (20′ X 70′)
. boleh memuatkan 95 orang peserta (susunan kerusi & meja)
. boleh memuatkan 140 orang peserta (susunan kerusi sahaja)
. LCD Projector
. PA System
. Flip Chart

bilik seminar untuk di sewa di Bangi Gateway-img1 bilik seminar untuk di sewa di Bangi Gateway-2

KEMUDAHAN LAIN DI BILIK SEMINAR UNTUK DISEWA DI BANGI GATEWAY;

bilik seminar untuk di sewa di Bangi Gateway-kemudahanbilik seminar untuk di sewa di Bangi Gateway-pasys

. Internet & WiFi PERCUMA
(stabil untuk 200 users serentak)
. Surau
. Tandas

. Ruang Rehat
. Ruang Makan

SUSUNAN DI BILIK SEMINAR UNTUK DISEWA DI BANGI GATEWAY

bilikseminaruntukdisewadibangi-susunan

bilik seminar untuk di sewa di Bangi Gateway ini sesuai untuk semua acara,
sama ada 
bengkel, kursus, seminar, mesyuarat, kelas, latihan
dan sebagainya mengikut kesesuaian dan permintaan pelanggan

bilik-seminar-harga1

bilik-seminar-harga2


ATAU tempahan di atas talian,
sila klik Borang Tempahan

Bilik-seminar-untuk-di-sewa-di-Bangi-Gateway-tempah

LOKASI BILIK SEMINAR UNTUK DISEWA DI BANGI GATEWAY
https://goo.gl/maps/9WZFy2SYs892